Hai, semua! Di bawah kami senaraikan penerangan setiap bab sebagai panduan anda. Anda boleh ke setiap bab dengan butang yang disediakan pada setiap bab tutorial serta boleh pula kembali semula kesini dari halaman tutorial setiap bab. Selamat menerokai dunia baharu pembelajaran bersama iPad.
Dalam bahagian ini, anda akan belajar mengenai perkara paling asas yang perlu anda tahu sebagai seorang pengguna iPad. Fungsi-fungsi dalam tetapan ini amat penting untuk anda kuasai.
Nota: Perisian pengoperasian iPad yang ditunjukkan dalam tutorial ini adalah iPadOS versi 14.6.
Cara untuk membuat tetapan Kata Kunci dan Cap Jari pada iPad. Kata Kunci atau Passcode amat penting bagi memastikan tiada orang lain yang menggunakan iPad kita tanpa izin.
Cara untuk membuat tetapan Siri pada iPad. Siri merupakan pembantu digital yang mampu membantu pengguna untuk navigasi carian dan arahan tugas.
Cara untuk membuat tetapan bunyi (sound) pada iPad bagi mengawal kekuatan bunyi iPad tersebut.
Bagaimana menukar papan kekunci iPad kepada bahasa yang lain?.
Cara untuk membuat tetapan Bahasa mengikut rantau pada iPad dan juga bagaimana mengaktifkan fungsi kamus untuk kemudahan penggunaan.
Cara untuk mengubah paparan (display) pada iPad termasuk mengawal kecerahan paparan iPad.
Cara untuk mengubah saiz teks pada iPad dan mengaktifkan fungsi ‘Assistive Touch’.
Cara untuk membuat tetapan zoom pada iPad bagi melihat tulisan atau objek yang kecil.
Cara untuk membuat tetapan Kata Kunci dan Cap Jari pada iPad. Kata Kunci atau Passcode amat penting bagi memastikan tiada orang lain yang menggunakan iPad kita tanpa izin.
Dalam bahagian ini, anda akan belajar mengenai fungsi kawalan sentuhan. Formasi sentuhan tertentu akan memberi respon yang berbeza. Sudah pasti fungsi ini akan memudahkan anda untuk mengendali iPad.
Nota: Perisian pengoperasian iPad yang ditunjukkan dalam tutorial ini adalah iPadOS versi 14.6.
Kenali fungsi ikonik Home Button pada iPad yang dapat membantu anda mengendalikan iPad dengan leih cekap. Home button juga diintegrasi dengan sistem keselamatan yang sangat dipercayai.
App Switcher pada iPad membuatkan penggunaan harian anda lebih mudah. Ianya sangat intuitif dan pantas untuk anda beralih dari satu app ke app yang lain.
Kenali Pinch & Zoom pada iPad. Ya, iOS dan kini iPadOS merupakan pelopor bagi sistem kawalan sentuhan. Ianya amat mudah difahami.
Dengan Control Centre pada iPad anda dapat mengawal iPad dengan amat mudah sekali. Butang-butang dapat diakses dengan begitu pantas.
Kenali Sound Button pada iPad dan bagaimana anda boleh mengendalikannya.
Ingin menghantar dokumen kepada produk Apple yang lain seperti iPhone, iPad, atau Mac? Airdrop merupakan satu teknologi penghantaran fail yang sangat pantas dan dipercayai.
Kenali cara untuk mengkustomasi Home Screen pada iPad anda agar ianya kemas dan memenuhi keperluan dan gaya hidup anda.
Ciri Floating App menjadikan iPad lebih produktif dan mudah dikendalikan.
Kenali Picture in Picture (PIP) pada iPad. Ia membolehkan anda menikmati media hiburan dalam masa yang sama anda dapat melakukan tugas lain. Ia juga amat sesuai digunakan untuk anda mengikuti tutorial ini.
Dalam bahagian ini, anda akan belajar mengenai satu app terbaik untuk melayari Internet, iaitu Safari. Safari yang sedia terbina dalam iPadOS mempunyai pelbagai ciri-ciri produktiviti untuk anda cuba.
Nota: Perisian pengoperasian yang ditunjukkan dalam tutorial ini adalah iPadOS versi 14.6.
Bagaimana ingin menggunakan safari dengan lebih efisyen dan berkesan. Membuat catatan atau menggariskan isi penting pada artikel dengan menggunakan butang “mark up” sesuatu yang sangat memudahkan.
Safari boleh digunakan untuk menguruskan pelayaran Internet anda dengan berkesan. Video berikut menunjukkan bagaimana sumber-sumber daripada Internet ini dapat anda simpan dengan baik supaya mudah diakses pada kemudian hari.
Jika ada sebarang artikel untuk ditandakan (markup) atau anda mahu menganotasi dokumen digital tersebut, boleh tonton panduan berikut.
Bagaimana ingin menggunakan safari dengan lebih efisyen dan berkesan. Dengan menetapkan pencarian di Reading List, Favourite atau Bookmark akan membantu pengguna bagi melayari laman sesawang pada masa akan datang.
Dalam bahagian ini, anda akan belajar mengenai appp Kamera (Camera) pada iPad. Sepertimana peranti-peranti pintar lain, fungsi kamera pada iPad dapat digunakan untuk merakam video dan mengambil gambar. Selain itu, anda akan ditunjukkan juga dengan teknik merakam skrin iPad.
Nota: Perisian pengoperasian iPad yang ditunjukkan dalam tutorial ini adalah iPadOS versi 14.6.
Ketahui cara untuk mengambil foto dengan Kamera pada iPad anda, dan bagaimana penggunaan Kamera serta suntingan foto dapat membantu pembelajaran anda.
Anda perlu merakam perbentangan atau tugasan projek? Ketahui cara merekodkan aktiviti pembelajaran di rumah serta cara-cara suntingan ringkas. Anda pasti teruja dengan hasilnya!
Alamak, banyaknya foto dan video! Anda ingin tahu bagaimana ingin menyusun gambar supaya mudah dicari semula? Ketahui strategi pengurusan foto dan video dengan album.
Anda perlu terangkan hasil tugasan anda serta proses bagaimana anda hasilkannya? Ketahui cara bagaimana anda boleh tambah audio pada foto anda atau rakam sebarang pergerakan pada skrin anda dengan rakaman skrin.
Rakam sudah, sunting pun sudah. Masa untuk menghantar tugasan. Ketahui cara untuk berkongsi hasil tugasan dengan guru anda melalui aplikasi Telegram.
Dalam bahagian ini, anda akan belajar mengenai app Notes pada iPad. Notes merupakan satu aplikasi yang terbina pada iPadOS bertujuan untuk penghasilan nota secara digital.
Nota: Perisian pengoperasian iPad yang ditunjukkan dalam tutorial ini adalah iPadOS versi 14.6.
Memulakan nota baharu dan menggunakan fungsi Title, Heading, Subheading & Body
Penerangan cara memasukkan Jadual & Senarai dalam aplikasi Notes
Tutorial cara memasukkan video dan gambar yang ada di iPad anda untuk dimasukkan ke dalam aplikasi Notes
Kemahiran mengimbas gambar atau dikumen untuk diginakan pada aplikasi Notes
Menyusun dan mengkategorikan bahan anda menggunakan Folder agar ia lebih tersusun dan mudah diakses.
Berkongsi Nota Menggunakan Fungsi Share & Send a Copy dan Berkolaborasi Menggunakan Facetime atau iMessage
Fungsi Split Screen memudahkan proses pemindahan media antara satu app dengan app lain.
Dalam bahagian ini, anda akan belajar mengenai cara menguruskan dokumen dan fail pada iPad. Pengurusan dokumen dan fail pada iPad amat penting untuk produktiviti anda.
Nota: Perisian pengoperasian iPad yang ditunjukkan dalam tutorial ini adalah iPadOS versi 14.6.
PdPR melalui platform DELIMa sangat mudah dan menarik.
Penyusunan dokumen dan fail di iPad serta bagaimana menyalin dokumen di Google Drive dan iCloud ke iPad dan sebaliknya.
Cara mudah untuk menyiapkan dan menghantar tugasan di iCloud Drive dan Google Drive.
Cara mudah untuk menghantar sebarang tugasan di DELIMa kepada guru.