Kenali iPad Anda

Tutorial asas bersama Syukri Sulaiman

Bagaimana dengan tutorial asas sebelum ini?. Mudah bukan. iPad mempunyai pelbagai lagi fungsi untuk meningkatkan produktiviti anda dalam proses pembelajaran. Seterusnya, mari kita lihat tutorial yang disediakan oleh APLS Syukri Sulaiman ini. 

Safari Tips & Tricks

Bagaimana ingin menggunakan safari dengan lebih efisyen dan berkesan. Membuat catatan atau menggariskan isi penting pada artikel dengan menggunakan butang “mark up” sesuatu yang sangat memudahkan.

Simpan Artikel di Safari

Safari boleh digunakan untuk menguruskan pelayaran Internet anda dengan berkesan. Video berikut menunjukkan bagaimana sumber-sumber daripada Internet ini dapat anda simpan dengan baik supaya mudah diakses pada kemudian hari.

'Markup' dan Anotasi di Safari

Jika ada sebarang artikel untuk ditandakan (markup) atau anda mahu menganotasi dokumen digital tersebut, boleh tonton panduan berikut.

Guna Safari dengan Berkesan

Bagaimana ingin menggunakan safari dengan lebih efisyen dan berkesan. Dengan menetapkan pencarian di Reading List, Favourite atau Bookmark akan membantu pengguna bagi melayari laman sesawang pada masa akan datang.

Banyak lagi fungsi asas untuk anda kenali iPad. Kami akan sentiasa mengemaskini dari masa ke semasa. Seterusnya, mari kita apa dalam bab seterusnya.