Kenali app-app istimewa Apple

Ayuh, bahagian seterusnya kita terokai app-app istimewa daripada Apple? Kenapa ianya istimewa? Sudah pasti app-app ini hanya ekslusif kepada pengguna Apple sahaja. Ia juga ditawarkan kepada pengguna secara percuma. 

Apple sebenarnya banyak membangunkan app-app untuk produktiviti, kreativiti dan pembelajaran digital. Baik, kali ni kita akan berkenalan dengan enam app Apple yang mungkin anda tidak sedar kewujudannya pada peranti berjenama Apple ini.

Untuk mendapatkan app ini, sila ke App Store, cari dengan nama dibawah dan pilih ‘GET’ untuk muat turun. Untuk membiasakan anda menggunakan fungsi carian pada App Store, kami tidak anda menyertakan pautan terus dari sini. 

GarageBand

Anda tidak perlu memiliki kemahiran muzik yang terlalu bagus pun untuk menggunakannya. Cukuplah dengan deria pendengaran serta bakat terpendam anda. GarageBand merupakan aplikasi mengkompos muzik yang tiada tandingannya di dunia. Cuba sendiri ‘Live Loops‘ pada aplikasi ini atau fungsi pintar bagi instrumen utama seperti ‘Smart Piano‘, ‘Smart Guitar‘, ‘Smart Drums‘ dan banyak lagi. Nak belajar dengan lebih mendalam? Dapatkan buku percuma ini dari Apple Books.

iMovie

iMovie merupakan aplikasi penyuntingan video yang sangat mudah digunakan. Selain fungsi asas suntingan video, anda boleh menerokai iMovie secara kreatif dengan melakukan teknik chroma key menggunakan layar hijau (green screen). Terokai juga fungsi ‘Trailer‘ untuk anda menghasilkan trailer mengenai kehidupan anda atau acara yang anda sertai. Terkini, iMovie telah menambah berbagai muzik tema baharu yang menarik untuk anda gunakan sebagai muzik latar.

Keynote

Dengan Keynote anda kini boleh melupakan aplikasi persembahan slaid lain. Keynote mempunyai fungsi animasi dan alat lakaran yang sangat menarik. Dengan Keynote juga anda boleh menghasilkan video montaj yang hebat. ‘Transation’ yang disediakan juga amat menarik dan berkualiti tinggi. Fungsi ‘Shape’ menawarkan stok shape yang amat banyak. Antaramuka app adalah selari dengan app-app Apple lain seperti Pages dan Numbers memudahkan anda menggunakannya.

Pages

Pages merupakan alternatif bagi aplikasi pemprosesan kata seperti Words. Namun, ada beberapa ciri yang membezakan kedua-dua aplikasi ini. Tentu anda mengemari fungsi ‘Smart Annotation‘ yang ada padanya. Selain itu, anda boleh menggunakan Pages untuk menghasilkan buku digital dalam bentuk ePub dengan mudah. Nak tahu dengan lebih lanjut kena masuk kelas saya nanti. Haha. Sepertimana juga Keynote, Pages boleh membaca fail daripada aplikasi Microsoft Office serta boleh mengeksportnya kembali.

Clips

Anak muda seperti anda sudah tentu akan menyukai app ini. App ini ditujukan untuk anda menghasilkan video klip untuk perkongsian di media sosial. App ini membolehkan anda menghasilkan video dengan format square serta membolehkan anda melakukan rakaman menerusi kamera atau galeri, memasukkan kesan penurasan serta meletakkan dekorasi seperti teks, imej, animasi dan emoji.

Swift Playgrounds

Semua orang bercakap mengenai literasi digital serta kepentingan belajar pengekodan. Swift Playgrounds menawarkan pembelajaran koding secara permainan dengan cabaran-cabaran tertentu yang akan memahirkan anda dengan konsep-konsep pengaturcaraan. Memperkenalkan inisiatif Everyone Can Code, Swift Playgrounds diberikan secara percuma kepada pengguna iPad sahaja.

Dimana nak belajar semua app-app ini? Bagaimanakah app-app ini dapat diaplikasikan untuk tujuan pembelajaran?

Everyone Can Create

Everyone Can Create daripada Apple memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan kreativiti anda menerusi pelbagai aktiviti yang menyeronokan.  

Everyone Can Code

Everyone Can Code memberi tumpuan kepada pembelajaran asas Sains Komputer yang memperkasa kemahiran penyelesaian masalah.