Di tangan anda sekarang adakah sebuah iPad generasi terkini dengan rangkaian selular. Dibekalkan bersama anda juga adalah sebuah Keyboard bagi memudahkan pembelajaran anda. Tentu anda tidak sabar kan? Ayuh, kita mulakan nyah kotak.
iPad merupakan satu peranti yang unik serta menyokong pelbagai keperluan penggunaan. Ayuh kita kenali iPad anda dengan tutorial yang disediakan oleh jurulatih terbaik bertauliah Apple.
Apple sebenarnya banyak membangunkan app-app untuk produktiviti, kreativiti dan pembelajaran digital. Baik, kali ni kita akan berkenalan dengan enam app Apple yang mungkin anda tidak sedar kewujudannya pada peranti berjenama Apple ini.
Dapatkan sokongan daripada pakar Apple menerusi ‘live chat’ atau menghubungi mereka. Jangan risau bahasa anda, mereka boleh berkomunikasi dengan anda dalam Bahasa Melayu.