Everyone Can Create

Tutorial Seni Visual Bersama Zaharah Zakaria

Gabungan Elemen Lukisan Digital

Video berbentuk animasi yang mengandungi semua elemen lukisan yang dilukis menggunakan aplikasi #SketchesSchool. Lukisan-lukisan yang disiapkan diekspot kepada Photo dalam mod ‘transparent background’

Lukisan-lukisan kemudiannya dimasukkan ke aplikasi #Keynote untuk dianimasikan. Bunyi-bunyian kemudian dicipta menggunakan (sound loops) dari aplikasi #GarageBand pada peringkat akhir dan digabungkan semuanya menggunakan aplikasi #iMovie.  

Semua aplikasi percuma Apple berikut digunakan untuk penghasilan video ini: Sketches School, Keynote, GarageBand, iMovie

Pengenalan dan Orientasi

Video ini adalah tutorial pengenalan dan orientasi aplikasi Sketches School (dwi Bahasa). Panduan bagaimana memulakan Sketches School serta penggunaan alat-alat digital tersedia boleh dilayari pada bila-bila masa. Alatan-alatan tersebut mempunyai keupayaan berbeza dan perlu dicuba beberapa kali untuk memahaminya. Selain itu, gerak tangan juga ditunjukkan bagi teknik pendua (copy-paste). Setiap sesuatu kemahiran bermula dengan kegigihan. Selamat Mencuba!

Semua aplikasi percuma Apple berikut digunakan untuk penghasilan video ini: Sketches School, Keynote, GarageBand, iMovie

Melukis Bahagian Bawah Tanah

Video ini adalah tutorial melukis tanah dan bahagian bawah tanah (dwi Bahasa). Tutorial ini memperlihatkan bagaimana alat-alat digital yang sesuai digunakan untuk melukis tanah berulang kali. Perhatikan bagaimana pelukis mengadun menggunakan alat-alat yang yang difikirkan sesuai dengan elemen yang dilukis.
Setiap sesuatu kemahiran bermula dengan kegigihan. Selamat Mencuba!

Semua aplikasi percuma Apple berikut digunakan untuk penghasilan video ini: Sketches School, Keynote, GarageBand, iMovie

Melukis Sayur-sayuran

Video ini adalah tutorial melukis sayur-sayuran seperti ubi-ubi yang hidup di bawah tanah (dwi Bahasa). Tutorial ini memperlihatkan bagaimana alat-alat digital yang sesuai digunakan untuk melukis sayur-sayuran bawah tanah dengan cara mudah. Perhatikan bagaimana pelukis mengadun menggunakan alat-alat dan teknik yang difikirkan sesuai dengan elemen yang dilukis.
Setiap sesuatu kemahiran bermula dengan kegigihan. Selamat Mencuba!

Semua aplikasi percuma Apple berikut digunakan untuk penghasilan video ini: Sketches School, Keynote, GarageBand, iMovie

Simetri

Video ini adalah tutorial bagaimana mod Simetri digunakan dalam Sketches School (dwi Bahasa). Ekplorasi penggunaan mod simetri boleh mencetuskan ide-ide lain untuk diciptakan. Pelukis juga memperlihatkan cara melukis garisan lurus dan bagaimana menggunakan dua jari bagi menggerakkan pembaris. Setiap sesuatu kemahiran bermula dengan kegigihan. Selamat Mencuba!

Semua aplikasi percuma Apple berikut digunakan untuk penghasilan video ini: Sketches School, Keynote, GarageBand, iMovie

Melukis Terung

Video ini adalah tutorial bagaimana sayura-sayuran yang tumbuh di atas permukaan tanah dilukis. Bandingkan sifat sayuran seperti daun dan akar yang dilukis sebelumnya. Anda hanya perlu melukis satu atau dua daun dan sayur yang berbeza arah untuk di (copy-paste) dan disusun menjadi pokok yang sempurna. Perlu diingatkan lukisan ini hanya ilustrasi digital dan tidak menggambarkan anatomi biologi sebenar. Namun begitu skil ini patut digunakan untuk mencipta ilustrasi mengikut anatomi berasaskan sains. Setiap sesuatu kemahiran bermula dengan kegigihan. Selamat Mencuba!

Semua aplikasi percuma Apple berikut digunakan untuk penghasilan video ini: Sketches School, Keynote, GarageBand, iMovie

Melukis Bawang

Video ini adalah tutorial melukis bawang dengan cara pemerhatian gambar rujukan (dwi Bahasa). Tutorial ini memperlihatkan bagaimana alat-alat digital yang sesuai digunakan untuk perincian kulit bawang. Perhatikan bagaimana pelukis mengadun menggunakan alat-alat dan teknik yang difikirkan sesuai dengan elemen yang dilukis.
Setiap sesuatu kemahiran bermula dengan kegigihan. Selamat Mencuba!

Semua aplikasi percuma Apple berikut digunakan untuk penghasilan video ini: Sketches School, Keynote, GarageBand, iMovie