Everyone Can Create

Idea Animasi Kreatif Bersama Asmawati Ahmad

Saya paparkan beberapa contoh animasi yang saya hasilkan menggunakan app-app pecuma pada iPad. Contoh-contoh ini memberi gambaran kepada anda idea-idea penggunaan appi pada iPad dapat digunakan untuk membangunkan kandungan-kandungan kreatif untuk pendidikan. 

Asas Lompatan - Sudut Terbaik

Menerusi aplikasi #Keynote, saya menghasilkan animasi untuk subjek Pendidikan Seni dan Kesihatan. Saya melakar sendiri setiap objek dalam gambar menggunakan teknik tekapan. Indikator pula saya gunakan alatan asas seperti shape dan line dalam Keynote. 

Phagocytosis - Second Line of Defence

Menggunakan aplikasi yang sama iaitu Keynote, saya menghasilkan satu video pembelajaran dalam subjek Biologi. Selain animasi, saya masukan naratif menggunakan suara saya sendiri menerangkan proses dalam konsep yang dibincangkan. 

Bantuan Kecemasan - Heimlich Manouvre

Lagi animasi mengguna app Keynote, aplikasi kegemaran saya. Animasi ini saya bangunkan selama 2 hari sahaja. Sangat mudah dengan iPad. 

Greetings

Animasi ini saya bangunkan menggunakan aplikasi Keynote menerusi teknik penceritaan secara digital (digital storytelling). Ianya selari dengan pelajaran  dalam subjek English Unit 2 tahun 1. Mari kita saksikan. 

Bearing Sudutan

Kandungan ini dihasilkan untuk subjek Geografi Tingkatan 1. Cuba bayangkan dengan iPad, kandungan seperti ini dapat dihasilkan oleh anda sendiri dan dikongsi bersama rakan-rakan yang kain.