Siapa kami

Penerokaan berterusan bersama kami...

Pembelajaran bersama iPad merupakan satu laman infomasi yang dibangunkan untuk menyokong program pembelajaran menggunakan salah satu produk terbaik Apple iaitu iPad. 

Proses pembangunan kandungan ini melibatkan usaha pasukan kami yang terdiri daripada Apple Profesional Learning Provider (APLP), Apple Profesional Learning Specialist (APLS), Apple Distinguished Educator (ADE) dan Apple Teacher. 

Kami adalah pendidik sepanjang hayat yang berkelayakan untuk menunjukkan cara terbaik menggunakan produk Apple untuk pembelajaran dan pengajaran.

Kami membimbing, menjadi mentor dan menyokong anda dalam memajukan kemahiran teknologi anda dengan penekanan pada inovasi untuk pembelajaran yang lebih berkesan. 

Penafian

Laman ini dibangunkan oleh kumpulan APLS dan APLP Malaysia sebagai satu platform perkongsian kandungan bagi pembelajaran. Pembangunan laman ini tidak ada kena mengena dengan operasi Apple (Malaysia) Sdn. Bhd atau Apple Inc. atau apa-apa yang berkaitan dengannya.